top of page

ISTANA BANDAR

KG. BANDAR, BANTING, SELANGOR

BUILT ON 1899


"Menurut sejarah, istana ini dibina semasa berlakunya krisis dalam istana tersebut berkenaan peristiwa ketidaksefahaman yang berlaku antara isteri Sultan Alauddin iaitu Tengku Ampuan Mahrum dan isteri baginda dari kalangan orang kebanyakan. Namun begitu pada dua hingga tiga tahun pertama, istana ini digunakan sebagai tempat bersemayam baginda sultan bersama isteri baginda iaitu dari keturunan orang kebanyakan sehingga isteri baginda mangkat pada tahun 1920an. 

Keseluruhan bangunan istana ini direka bentuk dan dibiayai oleh Sultan Alauddin dan baginda bersemayam di istana ini lebih kurang 35 tahun sehinggalah baginda mangkat pada 1938"

Prof. Dr. Mohamad Tajudin Rasdi

Universiti Teknologi Malaysia

"Istana Sultan Alaedin dikenali juga sebagai Istana Bandar dibina pada tahun 1899 yang didirikan berdekatan dengan Masjid Bandar, kira-kira 15KM dari Banting, Selangor. Penjaganya adalah Allahyarham Sultan Alauddin Sulaiman Shah (1865-1938) yang memilih tapak ini tidak jauh dari jalan dan sungai sedia ada yang menghubungkan bandar Temasya dengan Jugra dan Klang.

Keseluruhan struktur bangunan ini dibiayai oleh DYMM Sultan Alaedin sendiri, yang dibina akibat daripada krisis keluarga yang berkaitan dengan insiden antara Tengku Ampuan Mahrum dan isteri dari orang kebanyakkan. Namun demikian, isteri baginda hanya menduduki istana untuk tiga tahun pertama sebelum kematiannya pada tahun 1920-an sebelum Sultan Alauddin  menduduki istana ini selama tiga puluh lima tahun sehingga kemangkatannya pada tahun 1938."

Perbadanan Adat Melayu dan

Warisan Negeri Selangor


"Pada dua atau tiga dekad pertama abad ke-20 itu, istana ini masih digunakan sebagai tempat bersemayam baginda sultan bersama isteri baginda orang kebanyakan, Hajjah Safiah.

 

Walaupun sejak 1903, setelah baginda ditabalkan dengan rasminya dan bersemayam di Klang, baginda sentiasa melakukan ibadat sembahyang Jumaat di Masjid Bandar. Jadi, nyatalah sehingga terbinanya "Masjid Ar-Rahmah" Klang (Kampung Jawa), kira-kira pada tahun 1939, sentiasalah baginda berkunjung ke Bandar Temasya, bersembahyang di sana, di samping menemui isteri baginda di Istana Bandar ini. Hanya setelah baginda mangkat pada tahun 1938, barulah betul-betul istana itu ditinggalkan kosong sehingga kini."

Portal Rasmi Majlis

MD Kuala Langat

RINGKASAN SEJARAH

GAMBAR BERKAITAN

UNTOLD STORIES #1

1743 - 1766

1766 - 1782

 

1782 - 1826

 

1826 - 1857

 

1857 - 1898

 

1898 - 1938

Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah adalah sultan Selangor ke-5 dan dilahirkan pada tahun 1866 di Kuala Selangor. Semasa mudanya, baginda pernah belajar di Raffles School, Singapura dan Raja School di Kuala Lumpur. Baginda telah dilantik menjadi Raja Muda pada tahun 1887 bagi mengisi kekosongan jawatan setelah kemangkatan ayahanda baginda, Raja Musa ibni Almarhum Sultan Abdul Samad pada tahun 1884.

Krisis Kekeluargaan

Mengikut sejarah istana ini dibina semasa berlakunya krisis antara isteri Sultan Alaeddin, Tunku Marhum dengan isteri orang kebanyakan. Berdasarkan analisis, ini adalah senarai isteri Sultan Alaeddin:

1- Tunku Marhum puteri Tunku Kudin, Kedah dan Raja Arfah,          puteri Sultan Abdul Samad.

 

2-  Raja Zabedah binti Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Mukhtaram Shah

3- Cik Puan Hasnah binti Pilong, orang kebanyakan

4- Raja Fatimah binti Sultan Idris Mursyidul Azzam Shah

J.M Gullick

A History of Selangor

Dapat disimpulkan bahawa ketidaksefahaman yang berlaku adalah diantara isteri pertama baginda, Tunku Marhum dengan isteri ketiga baginda, Cik Puan Hasnah yang merupakan orang kebanyakan.

PEMBINAAN & SENIBINA

Reka bentuk bangunan Istana Alauddin ini adalah campuran di antara seni bina tempatan dan kolonial. Bumbung limasnya menggambarkan elemen seni bina Aceh dan fasadnya berbentuk simetrikal menurut ciri kolonial seperti juga pada tiang-tiang yang digunakan dipengaruhi reka bentuk seni bina Rome dan Gothik serta penggunaan dinding bata yang tebal. Terdapat juga pengaruh dari seni bina Asia Barat terutamanya dari segi pahat dan seni ukir yang ada pada bahagian tingkap dan pintu. 

Istana ini dibahagikan kepada tiga hierarki ruang yang utama iaitu ruang umum bagi kegunaan rakyat, ruang separa umum untuk pekerja istana dan ruang persendirian yang dikhaskan bagi kerabat dan golongan diraja. Ruang yang terletak di tingkat pertama lebih bercirikan kepada ruang umum dan separa umum manakala ruang di tingkat bawah terdiri daripada bilik-bilik. Istana ini mempunyai 40 bilik kesemuanya.

Terdapat banyak tangga yang digunakan untuk ke dalam dan keluar istana dan di antaranya ialah tangga utama pada bahagian hadapan di mana ia berbentuk melengkung dan diperbuat daripada konkrit serta dihiasi dengan kekisi dan minaret pada bahagian atasnya. Tangga yang berdekatan bilik beradu pula dikhaskan untuk golongan kerabat diraja sahaja. Terdapat juga tangga kayu yang digunakan dan diperbuat daripada kayu cengal. 

Struktur tiang bahagian bawah dibina daripada batu bata dan dipenuhi dengan ukiran dan motif tumbuhan, manakala struktur tiang di bahagian atas agak lebih kecil iaitu berukuran 400 m x 400 mm. Keseluruhan istana ini ditutupi dengan bumbung limas, namun aras bumbung limas ini berbeza-beza ketinggiannya kerana dikatakan untuk menggambarkan struktur hierarki pentadbiran dalam istana. 

Bumbung bertingkat pula dibina untuk menutupi ruang utama yang dikhususkan untuk keluarga diraja, ruang dapur dan balai nobat manakala bumbung rata ditambah pada awal 1900 semasa istana ini diubahsuai.

Prof. Dr. Mohamad Tajudin Rasdi

Universiti Teknologi Malaysia

UNTOLD STORIES #2

1938

1988

Tahun kemangkatan Sultan Alaeddin dan selepas itu, istana tersebut tidak berpenghuni

Tahun dimana Istana Bandar telah mengalami proses pengubahsuaian selepas rosak teruk

50 TAHUN

Tempoh Istana Bandar dibiarkan kosong dan tidak berpenghuni sehingga selepas itu dijadikan pusat tahfiz dan pusat kraftangan daerah dan kemudiannya ditutup  pada tahun 2006 selepas kurang mendapat sambutan.

PELAN LANTAI ISTANA BANDAR

GAMBAR BERKAITAN

KG. BANDAR = BANDAR TEMASYA

Antara sebab dinamakan bandar temasya adalah terdapatya pelbagai kemudahan seperti berikut:

- Istana Bandar

- Masjid Sultan (Masjid Sultan Alaeddin)

- Pejabat kastam

- Sekolah arab / agama perempuan

- Stor senjata

- Pejabat kerajaan

- Kelab diraja

- Pejabat suluk

Dialog Penkisahan Istana Bandar

PADAT

Kamus Dewan Edisi 4 terbitan DBP menyatakan maksud perkataan 'temasya':

"2: pemandangan yang menarik hati, keindahan alam:"

Kamus Dewan Edisi 4

Dewan Bahasa & Pustaka

Analisis

Peta menunjukkan lokasi Istana Bandar di dalam Bandar Temasya. Lokasi istana terletak bersebelahan Masjid Istana / Masjid Bandar / Masjid Sultan Alaeddin serta betul- betul berhampiran Sungai Langat (utara istana) dengan jarak istana ke sungai adalah dianggarkan hanya 700m sahaja.

 

"Pemandangan yang cantik" adalah apabila dapat melihat Bukit Jugra (barat daya istana) yang terletak kira-kira 5KM tanpa jalanraya. Manakala Bandar Klang terletak di barat laut istana dengan jarak dianggarkan 20KM tanpa melalui jalanraya

UNTOLD STORIES #3

50 TAHUN TANPA PENGHUNI, PEMULIHARAAN ISTANA BANDAR

"Istana ini mengalami pemulihan yang besar sejak 2008. Setiap inci bangunan ini kelihatan megah dengan kegemilangan senibinanya ketika November 2010. Projek pemulihan dilakukan oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Kompleks ini telah dicat semula dengan warna putih pada seluruh bangunan dan istana ini dapat digunakan pada akhir 2011."

Pebadanan Adat Melayu & Warisan

Negeri Selangor

"Sekitar penghujung tahun 80-an, inisiatif kerajaan negeri untuk membaikpulh kerosakan teruk istana amatlah dipuji dan pada tahun 1990 istana ini siap dibaikpulih. Pada 1997 istana ini dijadikan pusta tahfiz sebelum dipindahkan ke maahad tahfiz bersebelahan istana ini dansekali lagi istana ini dikosongkan semula"

Pebadanan Adat Melayu & Warisan

Negeri Selangor

"Pada 2008, penyerahan tapak oleh lembaga muzium selangor kepada jabatan warisan negara bagi melaksanakan projek membaikpulih dan konservasi Istana Bandar dengan nilai RM1.9 juta dan siap pada tahun 2011 sebelum diserahkan kepada Perbadanan Adat Melayu & Warisan Selangor (PADAT). PADAT kini berusaha untuk memajukan kemali kawasan Istana Bandar sebagai tempat tarikan pelancong di Kuala Langat ini "

Pebadanan Adat Melayu & Warisan

Negeri Selangor

UNTOLD STORIES #4

Perigi Heksagon

Perigi berbentuk heksagon dikatakan laluan rahsia ke terowong bawah tanah yg mungkin telah digunakan untuk bersembunyi atau melarikan diri daripada ancaman musuh. Ia mungkin juga telah menjadi tempat penyimpanan senjata. Perigi ini telah ditimbus bagi mengelakkan kejadian yg tidak diingini.

Taman Larangan

Dikatakan taman larangan ini berfungsi sebagai tempat puteri bermain dan tempat ini tidak boleh dimasuki orang sembarangan

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (cucu baginda)

Telah diputerakan di Istana Bandar pada 1926 dan hanya sempat berada di istana tersebut sehingga tahun 1936 apabila baginda melanjutkan pelajaran ke MalayColege Kuala Kangsar

10 TAHUN

Tempoh baginda sempat berada di Istana Bandar

1511

Penjajahan Portugis

1619

Penjajahan Belanda

1795

Penjajahan Inggeris

1942

Penjajahan Jepun

1898-1938

Pemerintahan Sultan Alaeddin pada ketika itu merupakan pemerintahan british di tanah melayu

GARIS MASA

Tunjuk Langit

 

Tunjuk langit ini merupakan pengaruh senibina india. Dikatakan melambangkan kekuasaan seorang raja yang memerintah. Bentuk seperti lembing ini juga melambangkan kekuatan dan perlindungan

Sotoh

 

Maksud sebenar ruang sotoh ini adalah bersamaan dengan 'verandah' di mana sultan akan menikmati pemandangan indah kampung sekeliling di sotoh

PENAFIAN

Segala info dan data yang diperoleh adalah hasil kumpulan daripada pebagai sumber. Pihak kami hanya menggunakan untuk tujuan pembelajaran sahaja serta info tambahan kepada para pembaca. Penggunaan gambar gambar di dalam web ini juga atas tujuan pembelajaran dan pihak kami tiada niat untuk mencuri hasil gambar tersebut. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu dalam penghasilan web ini dengan matlamat kami untuk merungkai sejarah dan kisah bangunan bersejarah di malaysia dengan cara yang lebih santai dn menarik

ADA CADANGAN/ PERTANYAAN? LETAK KOMEN ANDA

Jalan Kecelaan

 

Di pintu ini terdapat ukiran 'ALLAH' dan dibawahnya terdapat tulisan ' INGAT-INGAT' dan turut ditulis adalah 'JALAN KECELAAN' yang menandakan disebalik pintu ini adalah kawasan taman larang iaitu tempat puteri bermain-main dan sesiapa yang melalui pintu ini adalah perlu untuk berhati-hati

bottom of page